Kambing Dan Rusa


GARAM BUKIT / ROCK SALT
01/08/2009, 02:01
Filed under: Kambing, makanan | Tags: , , , ,

salt_lamp_mountainapakah dia antara Rahsia Makann Ternakan yang bermutu tinggi & berkhasiat? terdapat satu unsur semula jadi yang Allah jadikan dengan kesempurnaan sifatnya memberikan banyak manfaat kepada manusia, tumbuhan dan haiwan, yakni kewujudan garam bukit.

KEBAIKAN GARAM BUKIT:

  • menyihatkan tubuh badan dan menyeimbangkan cas dalam tubuh
  • melancarkan darah
  • menyuburkan kesihatan ternakan
  • membunuh kuman dalam udara

Garam bukit atau yang dipanggil rock salt ini wujud sebagai lapisan mendapan mineral di kawasan tanah tinggi, di bukit-bukau,gunung-ganang dan ada juga di kawasan laut/tasik yang surut atau di playa. garam bukit terhasil daripada mendapan garam daripada laut sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Continue reading



Kelebihan Kambing Jamnapari
01/01/2009, 06:18
Filed under: Kambing | Tags: , , ,

Kelebihan Jamnapari ini juga adalah

  • Pembiakannya kambing berkembang dengan pantas dan efisien iaitu 2 kali setahun dengan purata 2 ekor anak setiapkali kelahiran malah berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam satu masa.
  • Matang ketika berumur 6 bulan dan pada usia 10 bulan sudah boleh mengawan.
  • Saiznya besar dan berat. Berat dewasa puratanya adalah 36 – 65 kg seekor dan boleh mencapai sehingga ke tahap 100 kg keatas.
  • Boleh di jual sewaktu umur 6 bulan (berat 20kg) samada untuk pembakaan atau penyembelihan.
  • Pertumbuhan berat badan adalah tinggi iaitu antara 4 hingga 6 kg sebulan.
  • Kadar kematian rendah = anak < class=”post-author”>

Continue reading



Tips menbuat Kandang Kambing
01/01/2009, 05:17
Filed under: Kambing | Tags: , ,

Dalam usaha peternakan kambing peranakan etawa, terlebih lagi jika pemeliharaan dengan jumlah besar, kambing memerlukan perhatiaan yang cukup serius, sehingga perlu ditempatkan dalam sebuah kadang.

Membangun kandang untuk kambing etawa seperti membangun rumah untuk tempat tinggal manusia, sehingga secara hakekat normative harus sama. Pembangunan kandang memerlukan keterampilan dan keseriusan. Tujuannya adalah untuk menciptakan desain kandang yang sempurna bagi kambing yang akan dipelihara agar benar-benar menjadi home sweet home bagi kambing itu sendiri. Prinsipnya adalah konstruksi kandang harus dapat membuat kambing merasa nyaman dan aman. Kondisi ini tentunya akan menjadikan kambing berproduksi secara normal.
Continue reading



Sampah organik untuk hewan
01/01/2009, 02:29
Filed under: Kambing, Rusa | Tags: , ,

Sebagai kesadaran terhadap lingkungan tidak ada dan membuat kami sebagai limbah pakan ternak kambing kami. Coba mulai dari harga dapat sedikit awalnya. Membuat pakan dari limbah pemisahan di mulai dengan sampah organik dan anorganik, diikuti oleh sensus, fermentasi, pengeringan, penepungan, pencampuran dan pelet.Pemisahan produksi sampah organik dari sampah anorganik adalah sampah yang dapat diproses hanya dicerna oleh hewan dan binatang oleh mengonsumsi perlindungan beracun atau bahan-bahan yang mengandung logam berat.

Pemisahan harus di limbah produsen (atau rumah tangga). Oleh karena itu, program-program yang sebagian besar sampah organik dan anorganik dalam limbah produsen. Sampah dari rumah sakit dan pabrik-pabrik, banyak mengandung logam berat atau bahan beracun harus dihindari. Sampah organik yang terpisah dari bahan lainnya berikutnya atau dicacah dengan bentuk sensus agar lebih kecil dan untuk memudahkan fermentasi.

Fermentasi adalah untuk melihat sebenarnya nilai gizi yang larut dan sampah, karena janin biasanya rendah gizi limbah tetapi serat kasarnya relatif tinggi. Fermentasi dilakukan dengan inokulan bakteri dan cara yang tepat untuk membuat produk berkualitas tinggi. Setelah difermentasi, sampah kering dengan kering sebelum digiling ke tepung. Kemudian tambahkan tepung limbah enzim dan diaduk dalam mesin pencampur, sehingga makanan yang lengkap sesuai dengan kebutuhan kambing. Jika perlu, semua materi yang dibentuk Pelet. Pelet pakan dapat disimpan sampai dengan 6 bulan. Idealnya, ransum sepenuhnya menerima sekitar 3% dari berat hidup ternak per hari. Dengan jumlah makanan ternak, sapi yang tidak lagi memerlukan HMT atau rumput. Beberapa petani masih ke rumput. Misalnya, bila hewan diberikan pakan komplit 1,5% dari bobot hidup per hari, Peternak tinggal memberi rumput 50% dari kebutuhan operasi.

Keuntungan ekonomi
Penelitian Pusat Pengkajian Pertanian (BPTP) Bali menunjukkan bahwa penggunaan pakan lengkap limbah bahan baku sebanyak 1,5% dari berat badan pada sapi bali selama 5 menit, sehingga lebih banyak dan lebih berat dari rata-rata 650 gram per hari. Ekonomis, sampah yang tinggi dapat memperoleh bahan dan biaya produksi yang relatif murah, sedangkan dampak terhadap pertumbuhan binatang sangat bagus. Berdasarkan analisis ekonomi, lengkap dengan sapi ransum limbah dari sumber daya untuk keuntungan sekitar 200% dibandingkan dengan cara tradisional

Tips SEO and Traffic



Tips Ternak Kambing
12/31/2008, 14:01
Filed under: Kambing | Tags: , ,

PEMELIHARAAN KAMBING

Kambing mudah dipelihara kerana mudah menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kambing diternak untuk daging, susu dan kulitnya. Aktiviti penternakan kambing bukan sahaja untuk pendapatan sampingan bagi pengusaha kecil tetapi juga menampung keperluan daging tempatan, seterusnya mengurangkan import daging.

BAKA KAMBING
Katjang

  • mempunyai tanduk yang melengkuk ke belakang, leher yang pendek dan belakang yang tinggi sedikit dari bahunya.
  • telinga yang pendek dan tegak
  • bulu yang nipis dan kasar, berwarna hitam, kadangkala bertompok putih
  • kambing jantan mempunyai bulu panjang dan kasar di sekeliling tengkuknya serta mempunyai janggut.

Amnapari/Etawah

  • mempunyai telinga yang besar dan panjang
  • bulunya agak kusut, berwarna campuran hitam dan kekuningan
  • berat kambing jantan dan betina dewasa adalah antara 60-90 kg dan 30-60 kg masing-masingnya

Continue reading



Ternak Rusa
12/31/2008, 06:35
Filed under: Kambing, Rusa

TENTU ramai yang menyangka penternakan rusa merupakan industri ‘mewah’ apatah lagi biasanya rusa dipelihara oleh golongan bangsawan dan tokoh korporat serta di kawasan taman.

Malah, ramai menganggap rusa sebagai ternakan eksklusif yang tidak ramai mampu mengusahakannya manakala pasarannya pula tidak meluas sebagai mana ternakan lain.

Justeru apabila mendapat tahu terdapat sebuah ladang ternakan rusa dengan kira-kira 800 ekor, penulis begitu teruja untuk meninjau dari dekat.

Ladang yang terletak berhampiran kawasan perumahan di Jalan Bunga Raya, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor seluas lapan hektar di dua buah tapak berlainan bukan saja dihuni oleh rusa tetapi juga 25 ekor burung unta, ayam serama, keldai dan kuda padi.

Pemiliknya yang juga Pengarah Urusan Hitech Livestock Exotic Farm, Mohamed Akbar yang memulakan industri penternakan lebih 15 tahun lalu dengan kambing dan lembu mula mengalih pandangan kepada rusa sejak tujuh tahun lepas.

Ditanya, faktor pendorong beliau beralih arah, Mohamed berkata, menternak rusa menguntungkan kerana kos operasinya amat kecil berbanding ternakan ruminan lain.

“Rusa tidak memerlukan kandang yang besar seperti kambing atau lembu tetapi cukup dengan kawasan lapang dan beberapa batang pokok besar sebagai tempat mereka berteduh.

“Malah kos makanannya juga kecil kerana saya menggunakan campuran hampas soya, sawit dan pelbagai jenis buah-buahan yang diambil dari pasar berdekatan,” katanya kepada Mega semasa ditemui di ladang ternakannya, baru-baru ini.

Malah rusa juga tidak memerlukan padang ragut yang rata tetapi cukup dengan sedikit kawasan hijau berbukit-bukit dan berbatu-batu kerana sebagai haiwan liar, rusa gemarkan tempat mencabar.

Mohamed menambah kos perubatan bagi rusa amat minimum berbanding ternakan ruminan lain.

“Sejak memelihara rusa secara komersial saya hanya mengeluarkan hanya beberapa ratus Ringgit sebulan saja untuk ubat cacing dan vitamin,” katanya yang memelihara rusa jenis Timorensis dan Axis yang berbintik-bintik.

Mohamed menambah, rusa senang dipelihara kerana tidak mudah terkena penyakit berjangkit malah sebagai haiwan liar, rusa boleh mengubati dirinya sendiri.

Rusa matang seawal usia 18 bulan dan betina bunting selama lapan bulan sebelum beranak sebanyak seekor.

Rusa betina boleh beranak sebanyak 15 hingga 16 kali dengan jangka hayat boleh mencapai 20 hingga 25 tahun.

Biasanya induk rusa akan menyorokkan anaknya di bawah batu atau rumput sehingga anaknya bercerai susu.

Menggunakan khidmat empat orang pekerja termasuk dua orang anaknya, Mohamed berkata, kawasan yang tidak luas membolehkan ibu menjaga dan menyusukan anaknya.

“Jika penternakan diusahakan di kawasan yang terlalu luas, mungkin penternak terlepas pandang anak rusa yang disorokkan.

“Ini dapat mengelakkan anak rusa daripada mati kelaparan jika tidak dijagai ibu mereka,” katanya yang telah memahami kelakuan haiwan berkenaan.

Menternak rusa lebih menguntungkan walaupun bukan untuk daging kerana rusa betina akan beranak setiap tahun manakala tanduk rusa jantan pula akan luruh setiap tahun.

“Harga tanduk jantan basah boleh mencecah sehingga RM500 dan yang kering pula menjangkau RM3,000,” katanya yang boleh dikatakan antara penternak yang memelihara paling banyak rusa di negara ini.

Kawasan yang kecil juga membolehkan penternak mencari tanduk setiap kali gugur di padang ragut.

“Biasanya pekerja saya menemui tanduk yang gugur dan tentu saja sukar jika rusa diletakkan di ladang ternakan yang luas,” katanya.

Permintaan

Menyentuh mengenai daging rusa, Mohamed Akbar berkata, harga daging rusa pula boleh mencecah sehingga RM50 sekilogram jika dijual sendiri.

Permintaan daging rusa amat tinggi terutamanya di hotel-hotel lima bintang kerana ia dikatakan makanan mewah.

Selain rusa, beliau juga memelihara lima ekor nilgai – haiwan dari Amerika Syarikat (AS) – kepalanya seperti rusa tetapi badan besar seperti lembu dan belakangnya seperti kuda.

“Dagingnya sama seperti rusa dan saya lihat haiwan berkenaan berpotensi untuk dipelihara di sini,” katanya yang mendapat galakan dan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Sesiapa yang berminat memelihara rusa, Mohamed menyediakan pakej penternakan yang sesuai dan berpatutan.

Mereka yang berminat boleh membeli satu petak kandang seluas 30 kaki x 50 kaki pada harga RM2,000 yang boleh menempatkan sehingga 50 ekor rusa pada satu satu masa.

Bagi mengisi petak berkenaan, Mohamed menawarkan rusa betina bunting pertama yang bakal beranak dengan harga berpatutan seekor.

“Mereka boleh berkongsi satu petak dengan rakan dan membeli beberapa ekor rusa untuk diletakkan di dalamnya.

“Kami hanya akan mengenakan kos penyelenggaraan yang minimum bagi satu petak serta kos makanan rusa,” katanya.

Apabila rusa tadi beranak, pemilik boleh memilih sama ada untuk menjual anak tadi kepada Mohamed atau terus memeliharanya di sana.

“Setiap minggu pemilik boleh membawa makanan sendiri untuk diberikan kepada rusa mereka malah mereka juga boleh membawa balik beberapa hari,” katanya.

Mohamed berkata, ini merupakan satu cara untuk mencetuskan minat mereka yang berada di bandar ke arah penternakan.

Penduduk bandar yang tidak mempunyai masa dan kawasan masih boleh melibatkan diri dalam penternakan dengan cara ini.

Tips SEO and Traffic



Projet Ternak Rusa
12/31/2008, 05:54
Filed under: Rusa | Tags: , ,

Rusa adalah sejenis hidupan liar yang mendapat perlindungan khas daripada Kerajaan Malaysia.  Kerajaan menggalakkan pemeliharaan rusa memandangkan permintaan untuk rusa yang amat baik.  Disamping dagingnya sebagai sumber protein yang tinggi, ia juga mengandungi lemak yang kurang  dan kalori yang rendah, kulit dan tanduknya berguna untuk barang hiasan. Bagi rusa jenis Cervus Timorensis ini tanduk awal dan velvet boleh digunakan untuk dijadikan ubat.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang telah mula memelihara hidupan ini secara terkawal pada tahun 1989 .  Sebagai permulaan sebanyak 19 ekor rusa (Cervus Timorensis) dan 3 ekor jantan  umur 6 bulan telah diimpot  dari Kepulauan Mauritius. Disamping rusa jenis Cervus Timorensis ladang ini juga telah menempatkan rusa jenis sambar dan jenis Axis-axis.

Kawasan seluas 2 hektar telah diperuntukan bagi memelihara rusa ini.  Ladang ini terletak di Pokok Sena Daerah Seberang Perai Utara.  Ladang ini ditanam dengan rumput jenis Boachiara Humidicola, Panicum Maximum (Rumput Guinea) dan Leucaena leucocephala (petai belalang).

Setelah beberapa tahun memelihara hidupan ini pertambahan dari segi pembiakan amatlah menggalakkan.  Kini jumlah rusa jenis Cervus Timorensis yang terdapat di Ladang rusa di Pokok Sena adalah lebih kurang sebanyak 60 ekor dan rusa jenis Axis-axis lebih kurang  50 ekor.

Jabatan Veterinar Negeri  Pulau Pinang akan membuat promosi jualan daging rusa pada setiap tahun iaitu pada Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dan juga semasa Sambutan Eskpo Usahawan Bumiputra di Pulau Pinang.

TUJUAN PEMELIHARAAN:

  • Sebagai rekreasi dan kegemaran Sebagai tindakan mencegah kepupusan
  • Untuk Kajian bagi mengenalpasti potensi
  • Sebagai sumber pendapatan dari hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya
  • Sebagai makanan enak
  • Sebagai Perhiasan

INFRASTRUKTUR LADANG
Alam persekitaran dan topografi yang sesuai dengan tabiat semulajadi dan panduannya dengan Sistem Pemeliharaan Moden.

Tabiat
Rusa sangat gemar kepada kawasan yang sunyi dan didalam suasana persekitaran semulajadi.  Rimba yang redup lagi sunyi dan udara yang nyaman dan dingin, makanan rumput, dedaun dan dedak adalah menjadi kegemaranya dan makanannya. Air sungai, parit adalah perlu untuk rusa-rusa ini berkubang.

Perhubungan yang rapat di antara haiwan ini dengan manusia perlu diujudkan dengan pembinaan pondok kecil dan penyediaan makanan ditempat¬-tempat yang tertentu

Rusa gemar berjalan ditepi-tepi pagar dan jarang berada ditengah padok.  Oleh yang demikian di dapati rumput ditepi-tepi  pagar (lebih kurang 4 kaki dari tepi pagar) semuanya mati akibat di pijak oleh rusa-rusa tersebut kerana menjadi  tempat laluan ternakan ini.

Pokok-pokok yang besar dan rendang hendaklah disimpan dan pokok yang boleh menjadi sumber makanan jangan ditebang dan perlulah ditanam.  Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa sebarang tanaman yang baru ataupun batang pokok ini hendaklah dibalut kerana ianya akan musnah akibat tabiat rusa yang suka menggigit kulit pokok atau mengesel batang-batang pokok dengan tanduknya.

Rusa suka berkubang, maka tempat untuk berkubang dan berendam perlu dibina didalam padok Sebagai panduan untuk simpanan rusa “carrying capacity’ adalah pada kadar 10 ekor bagi satu ekar dengan keadaan rumput yang baik Mempunyai kemudahan kawalan dan penyelenggaraan

Pagar Sekeliling
Keseluruhan kawasan seluas 2 ha dipagar sekeliling dengan menggunakan  kawat jaring setinggi 2 meter dan dipasang dengan tiga lapis dawai berduri di sebelah atas dan pagar ditanam didalam konkrit setinggi 1 kaki .

Kawasan ragutan dan makanan
Makanan yang  cukup sangat penting untuk menjamin kesihatan rusa.  Untuk itu pedok-pedok hendaklah mempunyai rumput yang baik lagi bermutu sepanjang masa.  Makanan tambahan iaitu dedak hendaklah diberi.  Diladang Rusa, Pokok Sena diberi dedak Cattle Pellet memandangkan ia sesuai untuk ternakan rusa.

Pedok Kawalan
Keseluruhan kawasan dibahagi kepada 4 petak-petak kecil seluas 0.5 ha bagi memudahkan ragutan secara bergilir-gilir. Pedok kawalan atau holding yard juga perlu bagi memudahkan pengawasan yang rapi terhadap rusa-rusa.  Pedok ini adalah merupakan pusat untuk mengumpulkan ternakan dan ianya mestilah mempunyai pintu hubungan dengan semua pedok ragutan dan juga rumah gelap

Rumah Gelap

  1. Sebuah rumah gelap perlu dibina dimana terdapat tempat pasongan atau trevis.
  2. Dinding rumah dibina daripada separuh papan lapis yang tebal dan separuh konkrit dan bahagian dalam dan luar dicat hitam.
  3. Dalam rumah disiapkan dengan pintu-pintu yang boleh berputar 360 digri bagi memudahkan penangkapan seseekor rusa untuk diperiksa, diberi rawatan atau dipindahkan.
  4. Didalam rumah gelap rusa akan kelihatan tenteram dan cahaya yang diperlukan hanya cukup sekadar boleh melihat ruda dan boleh dibuat rawatan.
  5. Lantai tidak berkonkrit menggunakan pasir (Quarry Dust)
  6. Mempunyai pintu railing 5 kaki lebar untuk tujuan memasukkan rusa dalam rumah gelap

Bangsal Untuk Meletak Makanan
Setiap pedok perlu disediakan bangsal yang berbumbung bagi meletak  bekas makanan tambahan dan juga garam galian dan juga tempat rusa berteduh.  Disetiap pedok juga perlu disediakan dengan takungan air bagi memastikan rusa memperolehi air minum yang bersih.

Kolam Mandi

Memandangkan perangai rusa yang suka berkubang terutama diwaktu panas, sebuah kolam mandi atau lopak/paya air bersih disediakan dengan dilengkapkan sistem aliran yang baik.  Diladang ini dibina parit yang berkonkrit bagi tujuan tersebut.

Tips SEO And Traffic




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.